aku DIA dan kamOo~ ^^


Coretan di kanvas putih..
Kubiarkan kalam berbicara..menghuraikan segala yang bersarang di jiwa..
Ku biarkan pena menulis..agar hasratku terlukis ..

Seringkali aku mendengar nasihat yang dilontarkan oleh sahabat-sahabatku mahupun dari pembacaanku.
Jadilah kamu seperti ikan di laut masin, tetap teguh dan tak terpengaruh oleh kemasinan air laut tersebut.
 Aku cuba mengaitkannya dengan realiti kehidupanku di sebuah universiti. Bukan senang menghadapi mehnah dan tribulasi di sini. 
Hanya keimanan dan mujahadah sebagai benteng diri, andainya ia hancur maka terburailah iman dan gersanglah hati, tanduslah nurani.
Seboleh mungkin aku cuba menyesuaikan diri di sini kerana hakikatnya duniaku sekarang tidak lagi seperti dahulu. Aku dahulunya menuntut di sebuah institusi tahfiz yang begitu terjaga suasananya, kini aku meneruskan lagi derap langkah dengan menaiki satu lagi anak tangga iaitu alam universiti.

Berbekalkan tekad ‘islah nafsak wad’u ghairak’,, berkobar-kobar rasanya semangatku untuk meneruskan pengajian di alam universiti di samping menghidupkan suasana Islam di sini.
Aku bersyukur kepada Allah swt, aku tidak berseorangan, sahabat-sahabatku, mawar-mawar agama seramai lebih kurang 40 orang kesemuanya gah dalam melangkah bersamaku membawa obor semangat dan tekad untuk menjunjung Al-Quran dan membumikan syariat di sini.

Aku merenung satu poster yang ditampal di meja belajarku, Semuanya nampak ceria dan gembira. Sedondon semua dalam jubah maroon dan tudung merah jambu.
 Merekalah sahabat-sahabatku.
Sahabat-sahabat inilah yang satu ketika dahulu pernah menitiskan air mata bersamaku.
Suatu ketika dahulu,,Sahabat-sahabat inilah yang menjadi telinga dan bahu untukku.
Sahabat-sahabat inilah yang pernah sama-sama berjanji untuk berjuang memahat kalam AgungMu di jiwa-jiwa kami yang tandus dan rela memikul amanahMu itu.
Ya,kami pernah berjanji!
Kami sedar amanah ini berat. Tapi, kami sanggup.
Kami sanggup berjuang di jalan ini. Ini jalan kami. Kami tidak ingin tergolong dalam golongan yang tercicir.
Kami ingin taqarrub denganMu. Kami ingin meraih redhaMu.
 Malah, kami dah lalui jerih perihnya. Ada antara kami yang menangis, ada yang terpaksa repeat exam, ada yang bersengkang mata tak tidur malam.
Alhamdulillah,, satu persatu ujian kami lepasi dan kini kami terasa  kemanisannya.

How time flies~

Kini, tamat sudah semester pertamaku di universiti.
 Aku berteleku di kerusi batu di laman rumahku ditemani angin petang yang sepoi. Cuba mengisi  cuti semesterku yang berbaki panjang. Aku merenung sejenak.
Aku diberi kelebihan oleh Allah sebagai penghafaz Al-Quran. Bukan semua orang dapat peluang keemasan sebegini.  Mana tidaknya, penghafaz Al-Quran itu ahli Allah.
Masya Allah! Special bukan? 
Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt memiliki ahli-ahli dari golongan manusia.” Lalu ditanyakan (pada baginda) siapakah ahli Allah dari mereka? Beliau menjawab, “Iaitu ahlul Qur’an (orang yang hafal Al-Qur’an dan mengamalkannya), mereka adalah ahli Allah (wali-wali Allah), dan memiliki kedudukan khusus di sisi-Nya.” (HR. Ahmad)

Tidak cukup dengan itu, betapa mulianya penghafaz al-Quran sehinggakan dalam Quran pun Allah menyebut..
“Bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu” (Surah al-Ankabut : 49)

Sesungghunya , ini adalah satu kenikmatan dariMu. 
Aku dan sahabat-sahabatku sedar, nikmat ini bukan diberikan secara percuma melainkan di bahu kami terpikulnya sebuah amanah yang akan kami tanggung dan jawab depanMu kelak.
Allahu Allah.. Bila bercakap soal amanah, maka ia  bukanlah sesuatu yang kecil dan ringan tapi ianya sesuatu yang besar
 dan berat. Ya, amanah adalah perkara yang berat!
 Bukanlah aku yang memandai cakap,, tetapi Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang kata.
 Allah.. berat amanah ini, padaMu kami mohon pertolongan..
Ampunkan aku Ya Allah.. ampunkan sahabat-sahabatku juga.. T_T

Amanah aku untuk terus istiqamah mengulang..
Amanah aku untuk merenung dan metadabbur ayat-ayatMu..
Amanah aku untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian..
Amanah untuk selarikan tindak tanduk dengan syariatMu..
Amanah untuk menghidupkan ruh Al-Quran ini dalam masyarakat..
Amanah untuk memberi qudwah acuan al-quran kepada ummah..

Islah nafsak~

Aku diselubungi resah. Hatiku dihimpit gelisah kerana diriku tidaklah sehebat mawar-mawar huffaz yang lain dalam mentarbiah diri ini,tarbiah dzatiyah.
Tapi, semampuku aku cuba.
Kerana Allah sentiasa melihat. Malaikat sentiasa mencatat. Ya, walau sebesar zarah. Tindak tanduk kita ini akan menentukan keredhaan atau kemurkaan. 
Aku tidak ingin diriku tergolong dalam golongan yang menyesal di akhirat kelak.
Aku sering membaca Al-Quran. Sahabat-sahabatku juga.
Kami hafizah.Kami dipandang tinggi oleh sahabat-sahabat di universiti kami.
Kami disegani. Kami dihormati. Tapi, kononnya, kami merendah hati. Ini semua kurniaanMu Allah. Kami katakana kami bersyukur dengan nikmat
Mu ini.
Tapi, kadang-kadang apakah makna di sebalik kesyukuran kami. Betulkah kami bersyukur?
Betulkah kami bersyukur ya Allah? Bersyukur dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Menzahirkan kesyukuran dengan sentiasa menggunakan segala kenikmatan atau kemudahan yang Allah berikan kepada aku untuk berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran dan tidak menggunakan segala kelebihan, kemudahan,kebijaksanaan,harta,pangkat,pengaruh dan kuasa yang ada untuk berbuat zalim kepada diri sendiri apatah lagi kepada orang lain. Apabila aku benar-benar faham maksud bersyukur, rasanya tidak layak untuk aku mengaku depanMu Allah bahawa aku ni seorang hambaMu yang bersyukur.
Aku hafal Al-Quran tapi kadang-kadang terfitnahnya golongan huffaz mungkin juga keranaku. Terfitnahnya Islam mungkin juga keranaku. Allah..naudzubillah..



Hafizah yang tidak menjaga ikhtilat..
Akukah yang tidak menjaga ikhtilat itu??
Akukah yang berbual dengan braders tanpa tujuan itu??
Akukah yang terusik dengan mesej-mesej kawan lama yang bukan sejenis denganku??
Hafizah yang melaram lebih-lebih..
Akukah yang bertabarruj itu??
Hafizah yang tidak menjaga aurat..
Akukah yang tidak memakai stoking turun ke kafe itu??
Semakin longgarkah aku dalam menjaga diriku supaya sesuai dengan syariatMu,, ??
Semakin jauhkah aku denganMu??
Aku sudah berubahkah ??

Tidakkk..!!

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).” (Al-Qiyamah: 2)

Allah..Engkau telah bersumpah  dengan JIWA! Ya, jiwa.
Engkau bersumpah dengan masa, matahari, bulan,siang malam dan macam-macam lagi ciptaanMu. Dan dalam ayat ini Allah bersumpah dengan JIWA.
Ketika Allah bersumpah akan sesuatu, bermakna sesuatu itu adalah perkara yang BESAR.
 Dan JIWA adalah perkara yang besar. Jiwa yang menyesali diri. Jiwa yang sentiasa bermuhasabah terhadap segala dosa noda yang pernah dilakukan.
Adakah jiwa aku ini jiwa yang menyesali diri sendiri? Bermuhasabah tapi tidak berubah. Matikah jiwaku??
Aku punya sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat yang mempunyai matlamat yang sama denganku.
 Sahabat yang sering mengingatkan.
Sahabat yang sejuk mata memandang.
Kerana mereka ini mawar-mawar agama.
Walau aku terjun ke neraka, mereka akan terjun bersama, untuk menarik aku dan naik semula serta berjalan beriringan ke syurga.
Ini tanggapan aku pada mereka. Sebab itulah setiap teguran ingatan dan nasihat yang mereka lontarkan adalah menunjukkan tanda kasih dan sayangnya mereka pada aku.
 Kerana aku yakin,, nasihat dan teguran mereka adalah kerana mereka tidak ingin persahabatan kami terjadi seperti yang Allah gambarkan dalam surah az-zukhruf ayat 67.

“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) saling bermusuhan kecuali mereka yang bertaqwa”

Semoga aku dan sahabat-sahabat betul-betul menjadi seperti bunyaanun mersus (bangunan yang tersusun kukuh).

Menghayati  yang tersurat memahami yang tersirat..
Jangan kita sangka sahabat kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kita fikir sahabat kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kita ingat sahabat kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna..
Hakikatnya...
Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga..
Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga..dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka..
Sahabat kita itu bukanlah malaikat
Dia juga manusia
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama dan mahu juga dipimpin oleh sahabat-sahabatnya ke syurga...











begin->doing->end


permulaan itu diiringi niat krnNya dgn harapan pengakhiran akn disusuli dgn tahmid pdNya.
namun,
aku leka, lupa, dan lalai ketika berada di antara kedua-duanya.
lalu,
apakah yg bakal trjadi pd pengakhiranku?

*repost from my blog


contoh:

"aku nk pegi mesyuarat utk program. so,b4 langkahkan kaki ke sana,aku kena set kompas niat aku dulu.biar lurus,x sesat.so that Allah redha dgn kerjaku."
sedang bermesyuarat,,, duk main mata dgn ajnabi. duk gelak tawa sama2. sembang santai,terkutuk cikgu/pntadbiran/staf.
agak2,redha Allah/keberkatan itu dpt x? wallahu'alam,Dia yg tentukan. mungkin juga akn diberi kesusahan/kesulitan utk menjayakan program trsebut sbg ujian/peringatan dr Dia.


conclusion:

always tajdid our niat! ^_^ set our niat from the very beginning. tajdid our niat whenever we're doing something. remember to be grateful towards Him at the end. and continue to tajdid our niat :)


p/s: i didn't wrote much. hope u could understand. the example given is only one but the practical of this is for everything we do. it'll be better if someone can post/comment something about this topic so that we can understand it better ^_^

Tips Hafazan : Menguruskan Lupa

Salam akhowat fillah, akhirnya ade jgak sdkit perkongsian drpd saya...hehe
wlupun ia hny di'copy-paste' drpd blog org, tp in my opinion, it is really beneficial 4 all of us, so... renung-renungkan dan selamat beramal ! :) klu berkelapangan, singgah2la blog ni, sgt byk tips2 yg bergne buat kita para huffaz.


copied from : http://suarapesanan.blogspot.com/2009/03/tips-hafazan-menguruskan-lupa.html?spref=fb

Holy Quran

Tip Hafazan # 11

Bagaimana mengatasi masalah lupa?. Inilah FAQ (frequently asked question). Dalam konteks penghafazan al-Quraan mempunyai berbagai-bagai dimensi dan berpunca daripada pelbagai sebab. Dengan perkataan lain, jenis lain kategori lupa perlu diatasi dengan kaedah lain.

Pada sesi ini, kita akan membincangkan satu sahaja punca lupa dan cara penyelesaiannya. Isu ‘kelupaan’ Saidina ‘Ali dan Ibn ‘Abbas seperti yang telah dibincangkan sebelum ini adalah berkaitan dengan isu kali ini iaitu ‘lupa adalah satu proses’. Bahkan, lupa adalah sifat semula jadi manusia.

Seperti yang dinyatakan dalam ayat 115 surah Taha, bahawa ketika Adam A.S. dijadikan, Allah membuat satu perjanjian dengannya, lantas dia ‘lupa’… Kalau seorang Nabi boleh lupa, apatah lagi kita. Selain daripada itu, walau apapun kaedah terbaik yang kita ambil untuk menghafaz, seharusnya kita memahami bahawa, sebagai sahabat besar, kaedah yang digunakan oleh Saidina Ali dan Ibn Abbas adalah lebih baik daripada yang digunakan oleh kebanyakan orang. Andaian ini adalah berasaskan kepada beberapa hadis sahih yang mengisyaratkan tingginya ilmu al-Quraan yang ada pada kedua-dua mereka itu.

Konsep

Dalam usaha mengejar matlamat menghafaz al-Quraan, kita juga harus sentiasa ingat pesanan Allah dalam ayat 37 surah al-Anbiyaa’ bahawa manusia itu dijadikan oleh-Nya bersifat gopoh. Salah satu daripada sifat gopoh ialah mahu melihat hasil usaha dalam tempoh yang singkat. Sekiranya kita boleh menerima hakikat bahawa ‘lupa’ dan ‘gopoh’ itu merupakan sifat semula jadi kita, isu kelupaan hafazan insyaAllah boleh ditangani.

Begitu juga hakikat hidup ini, tiada urusan besar atau kecil yang boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa perancangan yang teliti dan pengurusan yang berkesan. Proses penghafazan al-Quraan tidaklah terkecuali. Untuk itu, mungkin satu omokan (joke) yang boleh dimanfaatkan ialah ‘if you cannot beat them, join them’. Jadi, satu daripada kaedah untuk mengatasi lupa ialah dengan menerima hakikat kejadian semula jadi kita dan menguruskan proses lupa semula jadi yang sedia ada (by default) dalam diri kita itu dengan teratur.

Persoalannya, kenapa perlu diuruskan lupa?

Pertama, untuk menguji kekentalan dan ketepatan ingatan kita. Kedua, memberikan ‘momentum’ agar hafazan kita berjalan berdasarkan keupayaan fizikal ‘menanggung’ ayat-ayat yang dihafaz. Hal ini bermakna sekiranya kita telah menghafaz melebihi keupayaan otak kita untuk menanggungnya, kita perlu membenarkan supaya proses pelupaan ‘semula jadi’ berlaku. Dengan itu juga kita dapat mengelakkan tekanan ke atas mental. Ketiga, untuk meningkatkan ketepatan hafazan dan mengurangkan risiko kekeliruan (mix up) terutamanya apabila menghafaz surah-surah ‘generic’. Sekiranya kita membenarkan proses kelupaan secara semula jadi berlaku, hafazan-hafazan yang silap dan keliru akan terpadam sedikit demi sedikit.

Prinsip

Untuk ‘menguruskan lupa’ beberapa prinsip yang perlu difahami, ialah:

a) otak manusia bukan seperti mesin fotostat. Oleh yang demikian, kadar kekentalan pengingatan (retention) seseorang manusia biasa perlu dibina. Prosesnya termasuklah ujian yang berulang-ulang

b) mutu kekentalan ingatan boleh diukur

c) kekentalan ingatan boleh digredkan secara kasar kepada
1. segera (flash)
2. sementara, dan
3. jangka panjang

d) proses pengentalan ingatan memerlukan perancangan yang teratur

e) otak manusia memerlukan sokongan luar untuk mengukuhkan ingatan. Antaranya, pengalaman-pengalaman manis dan peristiwa-peristiwa yang tidak boleh dilupakan

f) ‘masa’ adalah penghakis utama ingatan manusia.

Standard

Berkaitan prinsip-prinsip di atas, setelah melalui ‘ujian cabaran masa’, setiap surah yang dihafaz perlu melalui sekurang-kurangnya tiga tahap ingatan
a) tahap 1 : registration atau hafazan ‘flash’
b) tahap 2 : hafazan sementara
c) tahap 3 : hafazan jangka panjang.

Hafazan Tahap Registration

Ukuran pencapaian pada tahap ini ialah kejayaan menghafaz dengan betul kali pertama bahagian/rubu’ yang dipilih. Kemudian, selepas satu tempoh yang pendek, biasanya dalam sehari dua sahaja, banyak bahagiannya yang hilang. Sebagai peringatan, bahagian-bahagian yang dihafaz pada peringkat ini tidak digalakkan dibaca ketika mengimami solat.

Hafazan Tahap Sementara

Ukuran pencapaian pada tahap ini ialah bahagian yang dihafaz boleh dibaca semula selepas ‘berkerja keras’ untuk mengingatinya semula. Sebagai peringatan, tahap ingatan sementara tidak sama antara individu dengan individu yang lain. Ada yang hanya mampu bertahan hanya sehari dan ada yang mampu bertahan sehingga dua minggu.

Hafazan Tahap Jangka Panjang

Ukuran pencapaian pada tahap ini ialah tiada masalah besar untuk membaca semula bahagian yang telah dihafaz. Peringatan; pertama, proses menyemak atau menghafaz semula perlu dilakukan dengan segera kerana walaupun ada antara kita mempunyai kaedah hafazan yang terbaik, kita perlu menerima hakikat bahawa otak manusia mempunyai ‘had masa’ untuk menyimpan (retention) rekod-rekod. Seperti yang dinyatakan di atas, kadar kekuatan retention tidak sama antara individu dengan individu yang lain.

Kedua, kita harus menerima hakikat bahawa tidak semua manusia mempunyai hafazan yang kekal. Namun begitu, sekiranya kita telah mampu menyediakan jadual semakan semula yang membolehkan kita khatam dalam tempoh kurang daripada 40 hari dan ada bahagian yang ‘tidak terpadam’, bahagian tersebut boleh dianggap sebagai telah bertaraf ingatan jangka panjang.

PELAKSANAAN

Untuk merancang menghafaz sambil menguruskan lupa, langkah-langkah berikut perlu diambil:

a) Membuat Perancangan Jangka Panjang
Langkah pertama ialah menetapkan sasaran tempoh hafazan. Untuk memudahkan proses, tetapkan tempoh antara 5 – 10 tahun

b) Membuat Perancangan Jangka Pendek
Mula-mula bahagikan mashaf kepada saiz yang boleh diurus (manageable size). Contohnya dibahagikan seluruh mashaf kepada enam segmen, yang setiap segmen mengandungi 5 juzuk. Kemudian, sediakan sasaran tempoh penghafazan segmen yang dipilih. Oleh itu jika sasaran jangka panjang dianggarkan 10 tahun, bermakna

• satu bulan perlu menghafaz 2 rubu’ (1 rubu’ bersamaan 1/8 juzuk - lihat nota di bawah di bahagian akhir artikel ini)
• satu juzuk dihafaz dalam tempoh 4 bulan
• satu tahun dihafaz 3 juzuk.

Sebagai peringatan, kiraan ini hanyalah anggaran kasar sahaja. Penganggaran perlu dibuat supaya kita mempunyai idea mengenai perancangan penghafazan serta boleh menjangka beban tugas penghafazan. Tanpa sasaran dan objektif yang boleh diukur, pelan perancangan yang berkesan tidak boleh disediakan. Sama ada sasaran tersebut tercapai atau tidak, itu persoalan lain.

c) Jalankan Proses Penghafazan dan Pengurusan Lupa Secara Sistematik
Mula-mula sediakan senarai bahagian-bahagian yang hendak dihafaz. Setiap bahagian hafazan hendaklah dibahagikan kepada tiga peringkat hafazan (Sila lihat juga nota di bahagian akhir artikel ini). Kemudian, rekodkan dengan teratur proses penghafazan dengan mengambil kira standard kualiti hafazan yang disarankan di atas.


Contoh penggunaan Buku Log Hafazan dan Pengurusan Lupa

Proses penghafazan perlu mempunyai rekod yang teratur. Sistem ini bertujuan untuk mengukur pencapaian hakiki tahap hafazan kita. Mengikut pembahagian ini, setiap juzuk dibahagikan kepada 8 rubu’ (quarter/bahagian). Oleh itu, keseluruhan mashaf dibahagikan kepada 240 rubu’. Hal ini bermaksud jika setiap rubu’ tidak dibahagikan kepada saiz yang lebih kecil, untuk menghafaz keseluruhan al-Quraan, kita perlu menghafaz 240 quarter/bahagian.

Buku tersebut telahpun membahagikan seluruh mashaf menjadi 6 segmen.
Sekiranya buku log tersebut hendak digunakan, eloklah urutan penghafazan ini diikuti.

(1) Hafaz setiap rubu’ dengan sempurna sebelum beralih ke rubu’ yang baru. Sebaik-baiknya buat semakan dengan orang lain sebelum beralih ke rubu’ yang baru (katakan kita memulakan hafazan pada rubu’ no.201 – surah al-Ahqaf);

(2) Sebaik-baik sahaja kita berpuas hati dengan hafazan ‘kali partama’ dan mencapai standard hafazan ‘flash’, buat catatan tarikh dan peristiwa atau pengalaman penting yang kita rasa berkaitan dengan hidup kita pada ruang nota. Jenis atau bentuknya peristiwa tersebut, terpulanglah kepada individu. Ingatan atau kenangan peristiwa/pengalaman penting tersebut akan membantu kita dalam mengingati kembali dalam satu tempoh panjang yang akan datang (Sebagai contoh, sebahagian catatan penulis ada ditujukkan di sini);

(3) Selepas itu, abaikan rubu’ yang baru dihafaz itu (rubu’ 201) sehingga sempurna hafazan bahagian yang di hadapan (rubu’ 202). Di sini, kita telah mula menguruskan lupa dan dalam masa yang sama mula menguji kekuatan hafazan kita untuk berhadapan dengan ‘masa’.

(4) Selepas bahagian baru (rubu’ 202) selesai, cuba ingat kembali hafazan terdahulu (rubu’ 201). Jika telah lupa, ulangi proses hafazan. Pada peringkat ini, jangan menghafaz ‘bersungguh-sungguh’ – cuma baca sekali atau dua kali sahaja sehari bahagian tersebut. Dalam setiap sesi ‘pembaikian’, elakkan daripada memperbaiki banyak ayat, tetapi tumpukan kepada satu atau dua ayat sahaja. Kadang-kadang, dalam setiap rubu’ hanya sebahagian kecil sahaja ayat yang ‘bermasalah’ untuk kita menghafaznya, tetapi kesannya menyeluruh. Kemudian semak kembali keesokan harinya. Teruskan sehingga tiada lagi masalah untuk membaca semula. Selepas itu, cuba buat kiraan kasar dan rekodkan tempoh yang diambil oleh peringkat ini. Kemudian bandingkan dengan tempoh hafazan kali pertama. Perlu juga diambil ingatan bahawa hafazan peringkat ini boleh mencecah tempoh 40-60 hari, iaitu lebih panjang daripada tempoh hafazan pertama. Sedikit-demi sedikit, jurang tempoh akan mengecil. Oleh itu, lakukan pengulangan selepas pengabaian beberapa ketika sehingga tempoh memperbaiki menjadi hanya ‘satu hari’. Jika tahap ini telah tercapai, rekodkan pencapainnya ke tahap ‘hafazan sementara’. Tujuan proses ini ialah untuk memastikan hafazan kita dilakukan betul-betul mengikut tahap keupayaan otak kita. Maksudnya, hafazan yang dibuat di luar keupayaan otak untuk menanggungnya akan terpadam sendiri.

(5) Dalam masa yang sama (iaitu selepas rubu’ 202 selesai dihafaz), teruskan hafazan ke rubu’ berikutnya (rubu’ 203) tanpa menunggu bahagian pertama tadi (rubu’ 201) sempurna diperbaiki. Ringkasnya, pada peringkat ini, kita itu mempunyai dua tugasan setiap hari iaitu (a) menghafaz bahagian baru dan (b) membetulkan yang lama.

(6) Begitulah seterusnya sehinga semua 40 rubu’ pada segmen ini berjaya didaftarkan sebagai hafazan registration/flash. Elok diulangi semula peringatan di atas iaitu kita tidak perlu menunggu semua hafazan dilaksanakan dengan sempurna untuk beralih ke rubu’-rubu’ di hadapan. Di sinilah kita perlu benar-benar menghayati bahawa lupa dalah proses semula jadi yang perlu dibiarkan untuk ‘takes its own course’.

(7) Pada peringkat ini juga, cuba jangan memasuki segmen baru sehingga kesemua 40 rubu’ dalam segmen ini mencapai tahap hafazan sementara. Sekiranya diteruskan juga, dibimbangi memberikan tekanan kepada mental kita kerana terlalu banyak ‘tugasan’ yang perlu dibuat (pengecualian akan dibincangkan dalam topik lain akan datang).

(8) Sekiranya kita pernah menghafaz mana-mana surah atau rubu’ dalam segmen ini, terus catatkan dalam hafazan flash tanpa menghafaznya semula.

(9) Cuba jangan mengisytiharkan mana-mana rubu’ telah mencapai hafazan tahap 3 (ingatan jangka panjang) sehingga kita yakin yang kita boleh membaca semula tanpa perlu membuat semakan. Ini bermakna hafazan tahap 3 mungkin hanya boleh dicapai selepas 2-3 tahun (tetapi mungkin juga mencecah tempoh 10 tahun) selepas pencapaian hafazan tahap 1. Perlu juga diingati, kita tidak perlu ‘terburu-buru’ mengisyiharkan pencapaian tahap 3 kerana selepas beberapa tahun, tanpa kita sedari ingatan kita mampu ‘mencari sendiri’ hafazan-hafazan lama walaupun tanpa membuat semakan. Inilah antara keistimewaan al-Quraan (cuba amati dengan teliti ayat terakhir daripada surah al-Ankabuut). Pengalaman sedemikian ada dinyatakan oleh Saidina Ali sebagai ‘seolah-olah mashaf terbuka dihadapannya’.

(10) Jangan terlalu bimbang sekiranya masalah kelupaan berterusan. Fenomena ini berlaku kerana otak kita mengambil masa yang agak panjang (seperti yang dinyatakan di atas, mungkin mencecah 10 tahun) bagi menyesuaikan dan menyelaraskan semua rekod. Juga perlu diingat, setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza antara surah dengan surah yang lain. Selain daripada itu, seperti juga yang dibincangkan di bawah topik ‘Surah Generik dan Surah Unik’, tempoh masa penghafazan yang diambil antara satu surah dengan surah yang lain dijangkakan tidak akan sekata. Oleh itu, maha suci Allah yang segala urusan penghafazan berada di tangan-Nya. Maka, ada surah yang memerlukan cuma beberapa hari, malah ada yang beberapa minit sahaja. Ada pula yang memakan masa berbulan-bulan, malah ada yang bertahun-tahun. Oleh yang demikian juga, sekiranya kita telah berusaha tetapi masih juga tidak mencapai matlamat penghafazan dalam tempoh yang disasarkan, jangan dikesalkan sangat. Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, membaca al-Quraan untuk tujuan menghafaz, dengan cara yang betul dan dengan niat yang ikhlas akan menjadi amal saleh yang diberi pahala di sisi Allah. Perbanyakkan doa agar kiranya gagal pada penilaian dunia semoga Allah mencatatkan sebagai huffaz di sisi-Nya.

(11) Sekiranya keadaan memerlukan, mana-mana rubu’ boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Keadaan ini boleh berlaku terutamanya pada juzuk-juzuk 28, 29 dan 30

Powerpuffgirl - Muslimah version

To give than receive




I thought love was only for the future spouse,
after God, Prophet, and family
that sometimes sounds gross,
'Cause euw, he or she is not yet in the tree.

I thought love was cool to give it a try,
especially when it comes to the feelings.
Indescribable, sweet, soft and fragile.
Content to life, it brings.

Also, I thought love was not be missed
in everyone's study-phase of life.
Saying "I'm taken" sounds more often cool,
than what a student can achieve from classes and tests

Just a few years back I noticed
that I was partially wrong.
Love is also for any sisters,
who fill each others' hearts with songs,
that bring them back to The Utmost Lover.

And when they heard
that more are getting into the circle,
Love is spreading faster than they expected.

Because they are getting back to The same Lover,
accompanied by songs that praise The Lover skyhigh up
also thank Him deep down into their hearts.

So long love to Remeo brought Juliet stabbed,
so long love to the sisters, inside and out of the circle, bring giving before receiving.

InshaAllah (=

kerana kita berukhuwwah

Salam banat serikandi gen 12 sekalian! here i got a very nice post (sadly it's a copy-pasted post, i'm not good enough to put things into words) hopefully all of us can take 'ibrah from it, and let's berukhuwwah until jannah, in sha Allah :D

*********************************************************

Salah satu hadiah Allah kepada mereka yang menginfakkan kehidupannya untuk jalan ini adalah 'networking' dan 'wavelength'. 'Networking' dengan manusia yang bersama-sama dalam kafilah dakwah keseluruhannya. Dan 'wavelength' perasaan yang sama sesama kita.

Pernah kan suatu ketika kita demam. Dalam demam-demam, sempat juga menghubungi anak usrah dan ditakdirkan anak usrah yang dihubungi juga sedang demam.-amazed-

Pernah kan suatu ketika kita terasa tak sedap hati terkenangkan akhawat yang disayangi, mungkin yang dekat atau yang jauh dimata. Lalu kita mendoakan semoga Allah memelihara perjalanan hariannya. Dan ditakdirkan tak lama selepas itu, kita mendengar sesuatu khabar berita tentang akhawat tersebut..Mungkin berada dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.-amazed-

Apakah erti pengalaman itu bagi kita?
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌٌ
“Hanyalah orang-orang beriman yang memiliki ukhuwah”. (Al-Hujurat:10).
Dan Nabi saw juga bersabda:
مَثَل الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كمَثَل الْجَسَدِ الْوَاحِدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan begadang”. (Muttafaq alaih)
Yakinlah akhawat,
Perasaan yang kita sedang rasai bukan perkara biasa. Nikmat itu hanya diberi kepada orang tertentu yang Dia kehendaki. Itulah dia nikmat ukhwah..Nikmat yang menjadikan kita terasa manisnya hidup didunia..

Nikmat yang menjadikan kita hidup sebagai seorang manusia yang membawa risalah kasih sayang. Dengannya(risalah kasih sayang), kita menjalin 'networking' sehingga keseluruh pelusuk dunia.

Nikmat yang menjadikan kita mampu berfikir, bersuara dan bertindak dengan 'wavelength' yang sama. Sehingga kadangkala tidak perlu kita bicarakan apa yang tersirat dihati melainkan sudah mampu dirasai oleh ukht yang sedang bersama..

Sehingga kadang-kadang, pelukan erat saja dah cukup untuk membuatkan kita terluah apa yang terbuku dihati.
Duhai akhawat..
Apakah yang mengikat kita sehingga nikmat itu cukup untuk menggerakkan jasad dan jiwa agar terus tsabat dan sabar dijalan ini?.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
“Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita sebagian mereka menguatkan sebagian lainnya”. (At-Taubat:71).
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ. يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللهُ وَمَنْ اتَّبَعَكَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ
Dan Allah yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana. Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu”. (Al-Anfal:63-64)
Akhawat fillah,
Inilah janji-janji dari Dia buat kita yang sedang bermujahadah dalam jalan ini hanya untuk mencari redhaNya. Dan yakinlah bahawa nikmat ukhwah yang sedang mekar didalam hati kita ini adalah salah satu hadiah terbesar darinya..Ia boleh menjadi senjata hebat dalam memecahkan konspirasi mereka yang menyimpan kebencian terhadap yang haq.

Akhawat fillah,
Yakinlah bahawa cinta yang sedang mekar itu bukan milik kita semata. Ia harus dialirkan kepada manusia yang sedang menderita dan teraba-raba mencari nikmat sebenar kasih sayang yang hakikatnya boleh ditemui hanya dengan kembali kepadaNya.

Tetapi...

Akhawat fillah,
Yakinlah bahawa sehebat manapun ukhwah yang terikat atas landasan akidah islamiyah, namun ia tetap akan diuji. Tentunya syaitan juga berusaha keras untuk mencucuk jiwa dan hati kita agar berlaku tidak adil dengan nikmat yang Dia kurnia.

Dan disaat ukhwah itu teruji, marilah sama-sama kita kenangi janji-janji Allah dan kisah pertemuan kita diatas jalan ini. Adakah kita tidak yakin dengan janji-janjinya? Marilah kita sama-sama muhasabah sejauhmana mujahadah dan lapang dada kita dalam berhadapan dengan kekurangan sesama kita.. Dan sejauhmana kita meletakkan Allah sebagai perantara antara hubungan kita sesama manusia.

Dan disaat ukhwah itu teruji,

Dimanakah kesabaran kita terhadap secebis kekurangan akhawat kita? Abu Darda berkata:
إذا تغيَّر أخوك وحال عما كان عليه فلا تَدَعْه لأجل ذلك؛ فإن أخاك يَعْوَجُّ مرةً ويستقيم أخرى
“Jika saudara Anda berubah dan bertingkah dari apa dalam dirinya maka janganlah ditinggal karena hal tersebut; karena boleh jadi saudara Anda bengkok (salah) pada suatu saat namun lurus kembali pada saat yang lain”
Mungkin sesekali Allah menguji hanya untuk melihat sejauhmana kesabaran kita dalam memelihara persaudaraan yang dikatakan 'ikatan seaqidah'. Kan Allah dah ajar kita dalam surah Ali Imran ayat 200 agar BERSABAR dan KUATKAN! kesabaran.

Maka, bersabarlah dalam mempelajari dan memahami akhawat kita. Sulamilah ikatan itu dengan sandaran iman dan rendahkanlah diri untuk tetap bertaaruf. Harmonikanlah perasaan itu dengan cuba mencari apakah titik persamaan kita dengannya. Apakah 'wavelength' yang mampu men'synchronize'kan perasaan kita dengannya..Pasti ada!Pasti ada..kerana kita diatas jalan yang sama. Cuma mungkin didalam perjalanan, kita terjumpa perkara yang berbeza, 'sign board' yang berbeza dan penafsiran yang berbeza terhadap sesuatu peristiwa.
إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيث، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَحَاسَدُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
“Jauhilah kalian akan buruk sangka, karena buruk sangka adalah sedusta-dusta ucapan, dan janganlah kalian saling menduga-duga, jangan saling mengintai, jangan saling hasad, jangan saling berkonspirasi, jangan saling benci (marah), namun jadilah kalian hamba Allah yang saling bersaudara“. (Muttafaq alaih).
Karena itulah, marilah kita berpegang teguh pada ukhuwah yang kekal ini yang niscaya tidak akan sirna sekalipun dunia akan hancur, sekalipun hari-hari akan hilang dan berlalu namun ukhuwah akan tetap kekal sepanjang masa, dan hendaklah kita terus memelihara dan berusaha untuk menunaikan hak-hak ukhuwah ini, merasakan nilai-nilainya, menjaga wirid Rabithah setiap hari. Semoga Allah tetap bersama kita dan tidak menyia-nyiakan perbuatan kita.

Maka, syurga dunia bagi para daei adalah ukhwah..Bonus dari Allah, yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dikalangan hambaNya yang redha dalam pencarian cinta kearahNya..

Allah Maha besar dan segala puji hanya milik Allah



fztarbiyah,

York,Uk

up