satu...

..perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah atauu dengan bahasa glemernye '‘A Journey Of A Thousand Miles Begin With One Step’ :D

Alhamdulilah. Bersyukur kita kepada Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran kerana blog banat XII Gen akhirnya berjaya dicipta dan ya, tidak lupa, berjaya juga diisi dengan post yang.. err..tak seberapa ni.

...

Sabda Rasulullah (saw) : "Sampaikanlah walau sepotong ayat"

Jadi, wahai rakan-rakan yang sentiasa in sha Allah Boleh, pastilah semua tahu tujuan blog ini dihasilkan. Lagipun kan, jangan bazirkan mulut kalau masa tazkirah asar bak kata Khadijah, kat sini pulak janganlah bazirkan akal untuk berfikir. Jom kita sumbang idea dan pandangan yang sama-sama boleh kita gunakan untuk majukan batch, agama & negara: :D

...

Percaya pada KUASA PEMUDA

ehh, jap jap. pemuda bukan untuk lelaki je ke? err, ok lah. kuasa kaum muda. yeahh~
Jom kita imbas fakta di bawah:


15 tahun :
- Abdullah bin Umar ikut dalam jihad pertamanya dalam Perang Uhud setelah
sebelumnya dalam Perang Badar ditolak kerana masih berusia 14 tahun.

- Imam Syafi'i menjadi mufti.

16 tahun :
-Zaid bin Tsabit ikut jihad pertama kali dalam Perang Khandak
setelah ditolak penyertaannya dalam Perang Badar kerana usianya baru 12 tahun

17 tahun :
- Imam Bukhari mendalami hadits dari para gurunya.

- Abu Hamid Al-Isfirayini menjadi mufti.

18 Tahun :
- Usamah bin Zaid menjadi panglima perang melawan salah satu pasukan Romawi dan menang

- Aisyah menjadi guru besar bagi masyarakat muslim sepeninggalan Rasulullah saw
yang berlangsung selama 47 tahun, setelah membuktikan dirinya menjadi pelajar
yang hebat pada usia 9-18 tahun.

- Imam Bukhari mulai menulis

22 tahun :
- Zaid bin Tsabit memimpin pasukan pengumpul mushaf Al-Qur'an di masa
kekhalifahan Abu Bakar.

- Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Sultan Turki Utsmani

23 tahun :
Umar bin Abdul Aziz menjadi gabenur Madinah

24 tahun :
- Fatimah meninggal dan telah melahirkan dan mendidik dua orang yang hebat
dalam sejarah Islam iaitu Hasan dan Husain.

- Sultan Muhammad Al-Fatih menakluki benteng lagenda, Konstantinopel.


.....

Yo, mantapkan kuasa pemuda? Jadi, kita ni as one of pemuda, malulah kot kalau tak buat ape-ape. Kalau lembik macam biskut cicah teh, bolehlah malu eh dengan makcik-makcik atau nenek-nenek yang boleh jugak masak ke menjahit ke, walaupun tenaga mereka tu sangatlah lemah berbanding dengan kite ni ha bole jugak mereka nak jahit-jahit segala *bace nada macam nenek-nenek kasi nasihat kat cucu-cucu* hee

ok ok. macam pointless tapi sebenarnya, nampak tak kuasa kita sekarang? kuasa kita adalah kuasa IT atau dalam bahasa orang intelektual macam anda-anda, kuasa information and tecnology. Cakaplah siapa yang tak pernah baca blog? Saya rase mungkin 0.02% je yang tak pernah. Jadi, gunakan medan ini dengan sebaik-baiknya untuk kita sebarkan dakwah dengan cara yang kreatif lagi menarik :D pernahkan dengar yang kat uk tak silap, beberapa orang telah masuk islam hanya kerana melihat iklan, jadi, tak mustahil bukan beberapa orang lagi masuk islam kerana blog. masyaAllah.

...

"Bulat pembetung kerana air, bulat manusia kerana muafakat"

kehadiran blog ini juga adalah satu medan untuk kita berbincang, merencam idea yang mantap dan berbincang solusi kepada masalah-masalah sekeliling. ohh, tidak lupa juga untuk memberi tazkirah dan peringatan sessama ahli batch. ye la kan, iman kita ni bukan macam iman nabi, yang sentiasa menaik je, macam mendaki gunung, bukan jugak macam iman malaikat yang tak menaik tak berkurang, iman kita ni macam kat mesin jantung tu, sekejap menaik, sekejap berkurang, pastu naik balik, pastu kurang balik, dan didoakan akan sentiasa lah menaik, tiba-tiba je berkurang sentiasa kan susah. Jadi, saling menasihati lah kan. Lagipun, bukan ke sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur sahabatnya jika sahabatnya tidak betul dan mengajaknya kepada yang baik. itu kan sahabat sejati :)

.....


Primise 1: jom kita sama-sama bersatu
Primise 2: post kat blog untuk maradhatillah
Conclusion: jom kita bersama-sama mencapai maradhatillah

'berukhwah kerana Allah'

:)

titik tolak.

bismillah. testing testing...

up