Sebuah karya santai yang sarat dengan semangat jihad dan air mata..
mempersembahkan....

Tangisan Syahidah Syria

Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

1982, Hama

“Umi, adik takut. Peluklah Zainab, umi. Ke mana ayah pergi. Sudah lama ayah tidak pulang. Kemana umi. Adik takut. Adik mahu ayah, umi. Umi,umi..umi..” rintihan si kecil meminta simpati. Umi Salbiah tidak tertahan mendengar renyutan jiwa si anak kecil. Si kecil yang tidak mengerti apa-apa. Sentiasa menangis mencari ayahnya. Hati ibu tidak tertahan lagi. Kelopak mata tidak terbenteng lagi untuk menahan aliran air mata. Mutiara keputihan mengalir tanpa sekatan. Sambil tangan mendodoikan si kecil. Dalam tangisan, Zainab terlena dalam pangkuan ibu tercinta. Umi Salbiah memangku si kecil dalam kegelapan malam. Bunyi dentuman tiada henti. Setiap detik pasti ada yang terkorban. Setiap malam, bunyi dentuman bom dan bedikan peluru menjadi muzik yang mendodoikan tidur. Umi Salbiah berasa sangat susah hati. Bagaimana dia ingin menjelaskan kepada si kecil bahawa ayahnya sudah syahid di jalan Allah. Ingatan Umi Salbiah tiba-tiba menayang kembali peristiwa yang berlaku dua bulan lalu.

“ Ya Umi Salbiah, sudah tiba masanya saya menyahut panggilan Allah untuk keluar berjihad. Cuma saya bimbang akan satu hal”. Husaini cuba berkongsi dengan isterinya.

  Apakah yang abang risaukan itu?”

“ Abang bimbang akan keluarga kita. Siapa yang akan menjaga awak dan anak kita bila saya sudah tiada. Yang pasti, selangkah kaki saya keluar, selamanya tidak akan berpijak kembali. Abang juga takut, sekiranya abang disoal Allah di akhirat kelak, kenapa tidak sanggup korbankan nyawa untuk agama-Nya. Abang juga mahu menjadi Syahid wahai isteri yang amat ku cintai.” Air mata Husaini tiba-tiba mengalir. Sebutir demi sebutir jatuh ke bumi.

“ Perasaan apakah ini wahai kekasihku. Mengapa engkau masih teragak-agak lagi untuk keluar berjihad di jalan Allah ini. Jangan engkau bimbang terhadap kami. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama kami. Dialah sebaik-baik pelindung. Wahai kekasihku, pergilah kamu keluar berjihad. Aku redha dan mengharapkanmu syahid. Jika kita tidak mendapat kenikmatan dunia, pasti Allah akan menggantikan nikmat yang lebih baik di syurga kelak. Saya akan menjadi isterimu dunia dan akhirat. Semoga Allah mempertemukan lagi kita di syurga kelak. Pergilah kekasihku.”

Husaini semakin sebak. Ungkapan isterinya semakin menaikkan semangatnya untuk keluar berjihad. Dia memeluk erat isterinya. Semakin erat pelukan mereka semakin bertambah semangatnya. Husaini tahu, inilah pelukan terakhirnya. Air mata mereka seakan tiada penyudah.  Sebak dalam pelukan. Sebelum Husaini melangkah keluar, dia sempat berpesan kepada Umi Salbiah.

“ Wahai isteriku, aku tidak tinggalkan harta yang banyak kepadamu, cuma seorang anak ini. Engaku jagalah dia baik-baik sehingga dewasa agar dia akan bersamaku nanti. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat”.

Boomm! Dentuman bom diluar sana mengejutkan Salbiah daripada fantasi ingatannya. Ditatap wajah anaknya dengan penuh kasih sayang.

 
“ Semoga Allah menjagamu untuk bersama-sama ayahmu kelak”. Hati ibu memohon pada Allah.

20 tahun berlalu.

Zainab sudah meningkat dewasa. Kota Hims tidak lagi seteruk 20 tahun lalu. Pembangunan juga  semakin pesat. Kanak-kanak bebas bermain. Bersorak berlari bersama kawan-kawan. Zainab memerhati keadaan sekelilingnya dengan penuh kesyukuran. Dia gembira kerana kanak-kanak di depannya tidak menerima nasib sepertinya. Kehilangan ayah dalam usia hingusan. Tiada kehidupan semacam kanak-kanak sekarang. Ingatannya masih segar. Telinganya masih terdengar-dengar dentuman bom dan bedilan peluru setiap malam yang datang. Diri sentiasa dalam ketakutan. Dia berdoa agar kanak-kanak pada hari ini tidak lagi merasa sepertinya. Kini dia baru mengerti mengapa dulu, malamnya  sentiasa ditemani  peluru dan bom. Konflik ini  bermula ketika pemerintah Hafez Al-assad. Pemimpin yang kejam ini berfahaman Syiah Nusairiyah yang menanam benci dan dengki terhadap rakyatnya sendiri yang berkefahaman Ahlus sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Al-assad sanggup membunuh rakyatnya sendiri yang berbeza aliran dengannya. Konflik berdarah berlaku di Hims selama empat minggu yang mengorbankan lebih 47000 nyawa umat Islam. Dalam puluhan ribu itu, termasuk juga ayah Zainab. Dia sangat benci dengan pemerintahan keluarga Assad. Setelah Hafez al-Assad mati, kepimpinan Syria  beralih kepada anaknya, Basyar al-Assad. Kebencian terhadap pemerintah ini bukan saja dirasai oleh Zainab bahkan hampir 90 % rakyat Syria benci akan rejim Assad ini,  kanak-kanak sehinggalah orang tua. Betapa kejamnya seorang pemimpin yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri. Sekejam-kejam Firaun, tidak senang-senang membunuh rakyatnya sendiri.
Dalam asyik Zainab memerhati kanak-kanak bermain, dia kaget bila terlihat sebaris ayat yang ditulis oleh sekumpulan kanak-kanak itu. Dadanya tiba-tiba berombak. Jantung bagai memperoleh tenaga baru untuk berdegup. “Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan”.  Ringkas. Tapi penuh ketajaman pada masejnya.

Hatinya berasa kurang baik. Entah dari penjuru mana, sekumpulan askar Assad datang menghampiri mereka. Mereka bagai mendapat info dan maklumat dari syaitan yang dilaknat. Tahu tentang kelakuan kanak-kanak itu. Tanpa bersoal, satu penumbuk dihala kepada kanak-kanak tersebut. Seorang demi seorang merasa. Seperti tiada perasaan. Darah mulai mengalir. Menitis di tempat kupasan kulit. Kanak-kanak menangis menahan kesakitan. Askar itu tidak mempedulikan dan menangkap kanak-kanak dan remaja tersebut. Zainab bagai trauma melihat kejadian itu di depan matanya. Dia tiada kudrat untuk membantu. Aliran darahnya begitu deras. Jantungnya berdegup luar biasa. Begitu kaget dan takut. Dalam fikirannya, ligat memikir akan nasib dan bencana yang akan berlaku pada mereka. Kanak-kanak tersebut digari dan dibawa masuk ke dalam track askar. Berlalu meninggalkan Zainab dan darah yang memerah di tanah.

Keesokan hari.

Warga Hims mula keluar daripada rumah membuat demonstrasi di kawasan bandar. Berpusu warga kota keluar membuat bantahan agar kanak-kanak tersebut dibebaskan. Selepas beberapa hari warga kota menuntut agar kanak-kanak dibebaskan, tiada reaksi positif yang diterima. Pihak kerajaan seperti tidak mendengar tuntutan tersebut. Berita tentang keadaan kanak-kanak yang ditangkap tersebar luas sehingga ke beberapa  bandar. Salah seorang ibu bapa kepada mangsa tahanan memberanikan diri pergi ke balai untuk menebus anak mereka. Harapannya hanya satu. Anak-anak mereka akan dibebaskan. Setelah berunding hanya tangisan yang diterima.
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.” Betapa Taghutnya hati pegawai al-Assad ini. Bukan tidak Islam. Tetapi, bila Taghut dalam jiwa, tiada erti persaudaraan yang wujud. Sungguh  kejam tentera Assad yang memperlaku mereka tanpa rasa belas. Mereka dicabut kuku, tangan dan kaki sehingga ada antara mereka meninggal dunia. Betapa sakit penderitaan yang ditanggung. Hanya Allah saja yang mengetahui.

11 Mac 2011

Penduduk Hims begitu ralit membicara tentang 20 orang kanak-kanak yang telah ditangkap oleh sekumpulan tentera Syria. Pelbagai cerita yang dibawa. Kemarahan penduduk semakin membuak. Tidak dapat ditahan lagi gejolak dalam dada. Rakyat Syria mula keluar membuat demonstran di jalanan. Revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad. Tujuannya, menuntut agar Presiden Basyar al-Assad melepaskan jawatannya dan membebaskan tahanan yang diseksa kejam. 
Kedinginan pagi yang biasa memeluk tubuh warga kota bertukar menjadi debu-debu panas. Runtuhan bangunan bagai berlaku gempa bumi. Ini bukan bencana alam. Ini bukan runtuhan biasa. Ini punca manusia yang kejam. Hati Zainab meraung sendiri bila melihat sekelilingnya berubah sekelip mata. Tiada lagi keamanan. Kanak-kanak kehilangan ibu bapa. Berstatus yatim tanpa diminta. Bergelandangan di lorong-lorong gelap. Melabuhkan badan beralaskan tanah. Malam sentiasa ditemani bunyi bedilan peluru. Entah dari arah mana. Hati Zainab sekali lagi meruntun. Sedih melihat. Dia sedar, dirinya juga yatim. Puncanya juga sama. Kerakusan pemerintah.
“ Aku mahu kamu mencari wanita yang melihat tangkapan kita. Dia saja saksi utama yang melihat kejadian ini. Pemberontakan semua bermula daripada dia. Cepat tangkap wanita ini”. Nazir memberi arahan kepada pegawainya.
Sepasukan  askar lengkap bersenjata menggeledah rumah Zainab. Kebetulan hanya ibunya saja yang ada di rumah. Mereka  mengikat tangan dan kaki Umi Salbiah. Mereka mengacu senjata di kepada sambil menyoal di mana Zainab. Sungguh kejam. Seorang tua yang tidak berdaya melawan diperlaku sedemikian. Umi Salbiah menggeleng kepada tanda tidak tahu.  Mereka tidak berpuas hati. Mereka menyepak dan menumbuk sesuka hati. Kudrat orang tua sangat lemah. Pengsan serta merta.
Beberapa minit kemudian Zainab pulang. Tangannya membibit makanan untuk ibu. Plastik di tangan terjatuh sendiri. Dia terkejut melihat sebuah kenderaan askar di depan rumahnya. Zainab meluru masuk ke dalam. Jasad ibunya tertiarap di atas lantai. Tangan dan kaki masih terikat. Beberapa orang  askar sesuka hati menyepahkan rumah. Tanpa sempat Zainab memangku ibunya, askar tersebut terlebih dahulu menggari Zainab. Terus di bawa ke balai. Belum sempat bersoal. Mulutnya terus ditutup dengan kain supaya tidak bersuara. Orang sekeliling hanya mampu melihat. Tidak berani untuk membela. Takut ditembak.

Dalam penjara
.

Zainab disoal siasat. Dirinya diperlaku seperti binatang. Setiap kali ingin diberi makanan, pasti dibuang di atas lantai. Sungguh jijik. Seorang wanita terpaksa hidup di satu kamar yang kecil. Di hadapan tentera lelaki. Di situ tempatnya tidur. Di situ tempat makannya . Di situ juga tandasnya. Sungguh aib. Malamnya sentiasa tidak lena. Berwaspada dengan askar durjana. Takut dirinya diapa-apakan.
“ Hey perempuan. Mengapa kamu masih bertudung haa… Ada apa dengan tudungmu itu haa.. cepat buka. Aku mahu merasa dirimu.. ha..ha..ha..ha.” 
  Kamu tiada siapa-siapa. Siapa yang akan menolongmu wahai perempuan? Boleh temankan aku malam ini. Kalau kamu sanggup, aku akan lepaskan kamu..haha..haha..”.
Sungguh biadap. Mereka persis syaitan. Zainab mengucap panjang. Tiada kudrat untuk melawan. Dia tidak putus-putus memohon perlindungan daripada ALLAH. Saat ini, tiada siapa yang dapat menolongnya. Dirinya hanya ada Allah. Dia yakin, Allah pasti bersamanya. Bibirnya tidak putus membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Seorang askar masuk ke dalam bilik Zainab. Dia cuba untuk memperkosa Zainab. Tangannya dipegang erat. Tudungnya cuba ditanggalkan. Lelaki tersebut cuba memeluknya. Meraba di bahagian badan. Kudratnya sungguh kerdil. Tidak bisa melawan. Dia meraung meminta simpati. Askar tersebut semakin galak ingin meratah tubuh Zainab. Jeritan Zainab hanya disambut ketawa oleh askar yang berada di luar. Tiada siapa yang akan menolongnya. Dia berusaha sedaya mungkin untuk melepaskan diri daripada lelaki bertopengkan syaitan itu.
“ Kamu jangan nak melawan. Ikut saja apa yang aku mahukan. Dah lama aku mengidam dirimu. Haha ..haha..haa.”
“Ya Allah. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan manusia dan syaitan yang direjam”. Rintihan Zainab kepada Allah. Dirinya sudah hilang tenaga. Bergelut dengan lelaki yang memang bukan lawannya. Sesungguhnya dia tidak rela dirinya diperkosa. Auratnya juga tidak sanggup ditatap lelaki. Inikan pula mahkota dirinya. Dia sanggup berkorban nyawa demi menjaga maruah dirinya, wanita Islam yang mahal maruahnya. Seorang demi seorang askar cuba memperkosanya. Tapi tidak berjaya. Zainab bagai diberi tonik yang sungguh luar biasa untuk membatalkan hajat serakah tentera tersebut.
Askar tadi berang kerana Zainab tidak mengizinkan dia diperkosa. Zainab juga tidak mahu menanggalkan tudungnya walau disuruh beberapa kali. Mereka sungguh marah. Tanpa berfikir panjang, Zainab ditembak di kepala. Satu das sudah cukup untuk menembusi kepala Zainab. Darah terpancut keluar. Seperti air paip. Terus menerus mengalir memerahi lantai penjara. Mereka ketawa terbahak-bahak. Seperti syaitan. Tiada rasa belas walau sedikit. Tidak cukup dengan menembak, mereka sanggup  memotong badan Zainab menjadi empat bahagian. Sungguh pilu. Diperlaku seperti ayam. Dipotong-potong dengan tangan sendiri. Tentera-tentera tersebut seperti dirasuk. Tidak sedar yang dipotong mereka adalah manusia yang seagama bukan binatang. Setelah dipotong empat kerat, badan Zainab dimasukkan ke dalam plastik dan dihantar kepada ibunya. Bungkusan tubuh Zainab dicampak dihadapan ibunya. Tiada kata dapat digambarkan, betapa sayu hati ibu memangku jasad anak yang tidak sempurna, badan dikerat empat. Seluruh penduduk Hims menyambut berita ini dengan pilu. Laungan takbir bergema di setiap penjuru bandar. Amarah rakyat semakin membuak-buak. Kejadian yang menimpa Zainab menjadi pemangkin kepada semangat para pejuang memburu syahid.  Takbir! Allahuakbar!

Catatan:
Semoga ruh Syahidah Zainab al-Husni ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang dirahmati. Ambillah ibrah daripada keberanian wanita ini dalam mempertahankan maruah(aurat) sehingga dibunuh nyawa. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberi keselamatan kepada saudara kita yang  berada dalam penderitaan di seluruh dunia terutamanya di bumi Palestin dan Syria. Semoga mereka dilimpahi Rahmat Allah dan kekutan untuk melawan musuh Allah. Ameen.   

Penulis: Mahir Hassan
2 September 2012, jam 2.45 p.m





aku DIA dan kamOo~ ^^


Coretan di kanvas putih..
Kubiarkan kalam berbicara..menghuraikan segala yang bersarang di jiwa..
Ku biarkan pena menulis..agar hasratku terlukis ..

Seringkali aku mendengar nasihat yang dilontarkan oleh sahabat-sahabatku mahupun dari pembacaanku.
Jadilah kamu seperti ikan di laut masin, tetap teguh dan tak terpengaruh oleh kemasinan air laut tersebut.
 Aku cuba mengaitkannya dengan realiti kehidupanku di sebuah universiti. Bukan senang menghadapi mehnah dan tribulasi di sini. 
Hanya keimanan dan mujahadah sebagai benteng diri, andainya ia hancur maka terburailah iman dan gersanglah hati, tanduslah nurani.
Seboleh mungkin aku cuba menyesuaikan diri di sini kerana hakikatnya duniaku sekarang tidak lagi seperti dahulu. Aku dahulunya menuntut di sebuah institusi tahfiz yang begitu terjaga suasananya, kini aku meneruskan lagi derap langkah dengan menaiki satu lagi anak tangga iaitu alam universiti.

Berbekalkan tekad ‘islah nafsak wad’u ghairak’,, berkobar-kobar rasanya semangatku untuk meneruskan pengajian di alam universiti di samping menghidupkan suasana Islam di sini.
Aku bersyukur kepada Allah swt, aku tidak berseorangan, sahabat-sahabatku, mawar-mawar agama seramai lebih kurang 40 orang kesemuanya gah dalam melangkah bersamaku membawa obor semangat dan tekad untuk menjunjung Al-Quran dan membumikan syariat di sini.

Aku merenung satu poster yang ditampal di meja belajarku, Semuanya nampak ceria dan gembira. Sedondon semua dalam jubah maroon dan tudung merah jambu.
 Merekalah sahabat-sahabatku.
Sahabat-sahabat inilah yang satu ketika dahulu pernah menitiskan air mata bersamaku.
Suatu ketika dahulu,,Sahabat-sahabat inilah yang menjadi telinga dan bahu untukku.
Sahabat-sahabat inilah yang pernah sama-sama berjanji untuk berjuang memahat kalam AgungMu di jiwa-jiwa kami yang tandus dan rela memikul amanahMu itu.
Ya,kami pernah berjanji!
Kami sedar amanah ini berat. Tapi, kami sanggup.
Kami sanggup berjuang di jalan ini. Ini jalan kami. Kami tidak ingin tergolong dalam golongan yang tercicir.
Kami ingin taqarrub denganMu. Kami ingin meraih redhaMu.
 Malah, kami dah lalui jerih perihnya. Ada antara kami yang menangis, ada yang terpaksa repeat exam, ada yang bersengkang mata tak tidur malam.
Alhamdulillah,, satu persatu ujian kami lepasi dan kini kami terasa  kemanisannya.

How time flies~

Kini, tamat sudah semester pertamaku di universiti.
 Aku berteleku di kerusi batu di laman rumahku ditemani angin petang yang sepoi. Cuba mengisi  cuti semesterku yang berbaki panjang. Aku merenung sejenak.
Aku diberi kelebihan oleh Allah sebagai penghafaz Al-Quran. Bukan semua orang dapat peluang keemasan sebegini.  Mana tidaknya, penghafaz Al-Quran itu ahli Allah.
Masya Allah! Special bukan? 
Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt memiliki ahli-ahli dari golongan manusia.” Lalu ditanyakan (pada baginda) siapakah ahli Allah dari mereka? Beliau menjawab, “Iaitu ahlul Qur’an (orang yang hafal Al-Qur’an dan mengamalkannya), mereka adalah ahli Allah (wali-wali Allah), dan memiliki kedudukan khusus di sisi-Nya.” (HR. Ahmad)

Tidak cukup dengan itu, betapa mulianya penghafaz al-Quran sehinggakan dalam Quran pun Allah menyebut..
“Bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu” (Surah al-Ankabut : 49)

Sesungghunya , ini adalah satu kenikmatan dariMu. 
Aku dan sahabat-sahabatku sedar, nikmat ini bukan diberikan secara percuma melainkan di bahu kami terpikulnya sebuah amanah yang akan kami tanggung dan jawab depanMu kelak.
Allahu Allah.. Bila bercakap soal amanah, maka ia  bukanlah sesuatu yang kecil dan ringan tapi ianya sesuatu yang besar
 dan berat. Ya, amanah adalah perkara yang berat!
 Bukanlah aku yang memandai cakap,, tetapi Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang kata.
 Allah.. berat amanah ini, padaMu kami mohon pertolongan..
Ampunkan aku Ya Allah.. ampunkan sahabat-sahabatku juga.. T_T

Amanah aku untuk terus istiqamah mengulang..
Amanah aku untuk merenung dan metadabbur ayat-ayatMu..
Amanah aku untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian..
Amanah untuk selarikan tindak tanduk dengan syariatMu..
Amanah untuk menghidupkan ruh Al-Quran ini dalam masyarakat..
Amanah untuk memberi qudwah acuan al-quran kepada ummah..

Islah nafsak~

Aku diselubungi resah. Hatiku dihimpit gelisah kerana diriku tidaklah sehebat mawar-mawar huffaz yang lain dalam mentarbiah diri ini,tarbiah dzatiyah.
Tapi, semampuku aku cuba.
Kerana Allah sentiasa melihat. Malaikat sentiasa mencatat. Ya, walau sebesar zarah. Tindak tanduk kita ini akan menentukan keredhaan atau kemurkaan. 
Aku tidak ingin diriku tergolong dalam golongan yang menyesal di akhirat kelak.
Aku sering membaca Al-Quran. Sahabat-sahabatku juga.
Kami hafizah.Kami dipandang tinggi oleh sahabat-sahabat di universiti kami.
Kami disegani. Kami dihormati. Tapi, kononnya, kami merendah hati. Ini semua kurniaanMu Allah. Kami katakana kami bersyukur dengan nikmat
Mu ini.
Tapi, kadang-kadang apakah makna di sebalik kesyukuran kami. Betulkah kami bersyukur?
Betulkah kami bersyukur ya Allah? Bersyukur dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Menzahirkan kesyukuran dengan sentiasa menggunakan segala kenikmatan atau kemudahan yang Allah berikan kepada aku untuk berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran dan tidak menggunakan segala kelebihan, kemudahan,kebijaksanaan,harta,pangkat,pengaruh dan kuasa yang ada untuk berbuat zalim kepada diri sendiri apatah lagi kepada orang lain. Apabila aku benar-benar faham maksud bersyukur, rasanya tidak layak untuk aku mengaku depanMu Allah bahawa aku ni seorang hambaMu yang bersyukur.
Aku hafal Al-Quran tapi kadang-kadang terfitnahnya golongan huffaz mungkin juga keranaku. Terfitnahnya Islam mungkin juga keranaku. Allah..naudzubillah..



Hafizah yang tidak menjaga ikhtilat..
Akukah yang tidak menjaga ikhtilat itu??
Akukah yang berbual dengan braders tanpa tujuan itu??
Akukah yang terusik dengan mesej-mesej kawan lama yang bukan sejenis denganku??
Hafizah yang melaram lebih-lebih..
Akukah yang bertabarruj itu??
Hafizah yang tidak menjaga aurat..
Akukah yang tidak memakai stoking turun ke kafe itu??
Semakin longgarkah aku dalam menjaga diriku supaya sesuai dengan syariatMu,, ??
Semakin jauhkah aku denganMu??
Aku sudah berubahkah ??

Tidakkk..!!

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).” (Al-Qiyamah: 2)

Allah..Engkau telah bersumpah  dengan JIWA! Ya, jiwa.
Engkau bersumpah dengan masa, matahari, bulan,siang malam dan macam-macam lagi ciptaanMu. Dan dalam ayat ini Allah bersumpah dengan JIWA.
Ketika Allah bersumpah akan sesuatu, bermakna sesuatu itu adalah perkara yang BESAR.
 Dan JIWA adalah perkara yang besar. Jiwa yang menyesali diri. Jiwa yang sentiasa bermuhasabah terhadap segala dosa noda yang pernah dilakukan.
Adakah jiwa aku ini jiwa yang menyesali diri sendiri? Bermuhasabah tapi tidak berubah. Matikah jiwaku??
Aku punya sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat yang mempunyai matlamat yang sama denganku.
 Sahabat yang sering mengingatkan.
Sahabat yang sejuk mata memandang.
Kerana mereka ini mawar-mawar agama.
Walau aku terjun ke neraka, mereka akan terjun bersama, untuk menarik aku dan naik semula serta berjalan beriringan ke syurga.
Ini tanggapan aku pada mereka. Sebab itulah setiap teguran ingatan dan nasihat yang mereka lontarkan adalah menunjukkan tanda kasih dan sayangnya mereka pada aku.
 Kerana aku yakin,, nasihat dan teguran mereka adalah kerana mereka tidak ingin persahabatan kami terjadi seperti yang Allah gambarkan dalam surah az-zukhruf ayat 67.

“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) saling bermusuhan kecuali mereka yang bertaqwa”

Semoga aku dan sahabat-sahabat betul-betul menjadi seperti bunyaanun mersus (bangunan yang tersusun kukuh).

Menghayati  yang tersurat memahami yang tersirat..
Jangan kita sangka sahabat kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kita fikir sahabat kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kita ingat sahabat kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna..
Hakikatnya...
Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga..
Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga..dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka..
Sahabat kita itu bukanlah malaikat
Dia juga manusia
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama dan mahu juga dipimpin oleh sahabat-sahabatnya ke syurga...











begin->doing->end


permulaan itu diiringi niat krnNya dgn harapan pengakhiran akn disusuli dgn tahmid pdNya.
namun,
aku leka, lupa, dan lalai ketika berada di antara kedua-duanya.
lalu,
apakah yg bakal trjadi pd pengakhiranku?

*repost from my blog


contoh:

"aku nk pegi mesyuarat utk program. so,b4 langkahkan kaki ke sana,aku kena set kompas niat aku dulu.biar lurus,x sesat.so that Allah redha dgn kerjaku."
sedang bermesyuarat,,, duk main mata dgn ajnabi. duk gelak tawa sama2. sembang santai,terkutuk cikgu/pntadbiran/staf.
agak2,redha Allah/keberkatan itu dpt x? wallahu'alam,Dia yg tentukan. mungkin juga akn diberi kesusahan/kesulitan utk menjayakan program trsebut sbg ujian/peringatan dr Dia.


conclusion:

always tajdid our niat! ^_^ set our niat from the very beginning. tajdid our niat whenever we're doing something. remember to be grateful towards Him at the end. and continue to tajdid our niat :)


p/s: i didn't wrote much. hope u could understand. the example given is only one but the practical of this is for everything we do. it'll be better if someone can post/comment something about this topic so that we can understand it better ^_^

up