aku DIA dan kamOo~ ^^


Coretan di kanvas putih..
Kubiarkan kalam berbicara..menghuraikan segala yang bersarang di jiwa..
Ku biarkan pena menulis..agar hasratku terlukis ..

Seringkali aku mendengar nasihat yang dilontarkan oleh sahabat-sahabatku mahupun dari pembacaanku.
Jadilah kamu seperti ikan di laut masin, tetap teguh dan tak terpengaruh oleh kemasinan air laut tersebut.
 Aku cuba mengaitkannya dengan realiti kehidupanku di sebuah universiti. Bukan senang menghadapi mehnah dan tribulasi di sini. 
Hanya keimanan dan mujahadah sebagai benteng diri, andainya ia hancur maka terburailah iman dan gersanglah hati, tanduslah nurani.
Seboleh mungkin aku cuba menyesuaikan diri di sini kerana hakikatnya duniaku sekarang tidak lagi seperti dahulu. Aku dahulunya menuntut di sebuah institusi tahfiz yang begitu terjaga suasananya, kini aku meneruskan lagi derap langkah dengan menaiki satu lagi anak tangga iaitu alam universiti.

Berbekalkan tekad ‘islah nafsak wad’u ghairak’,, berkobar-kobar rasanya semangatku untuk meneruskan pengajian di alam universiti di samping menghidupkan suasana Islam di sini.
Aku bersyukur kepada Allah swt, aku tidak berseorangan, sahabat-sahabatku, mawar-mawar agama seramai lebih kurang 40 orang kesemuanya gah dalam melangkah bersamaku membawa obor semangat dan tekad untuk menjunjung Al-Quran dan membumikan syariat di sini.

Aku merenung satu poster yang ditampal di meja belajarku, Semuanya nampak ceria dan gembira. Sedondon semua dalam jubah maroon dan tudung merah jambu.
 Merekalah sahabat-sahabatku.
Sahabat-sahabat inilah yang satu ketika dahulu pernah menitiskan air mata bersamaku.
Suatu ketika dahulu,,Sahabat-sahabat inilah yang menjadi telinga dan bahu untukku.
Sahabat-sahabat inilah yang pernah sama-sama berjanji untuk berjuang memahat kalam AgungMu di jiwa-jiwa kami yang tandus dan rela memikul amanahMu itu.
Ya,kami pernah berjanji!
Kami sedar amanah ini berat. Tapi, kami sanggup.
Kami sanggup berjuang di jalan ini. Ini jalan kami. Kami tidak ingin tergolong dalam golongan yang tercicir.
Kami ingin taqarrub denganMu. Kami ingin meraih redhaMu.
 Malah, kami dah lalui jerih perihnya. Ada antara kami yang menangis, ada yang terpaksa repeat exam, ada yang bersengkang mata tak tidur malam.
Alhamdulillah,, satu persatu ujian kami lepasi dan kini kami terasa  kemanisannya.

How time flies~

Kini, tamat sudah semester pertamaku di universiti.
 Aku berteleku di kerusi batu di laman rumahku ditemani angin petang yang sepoi. Cuba mengisi  cuti semesterku yang berbaki panjang. Aku merenung sejenak.
Aku diberi kelebihan oleh Allah sebagai penghafaz Al-Quran. Bukan semua orang dapat peluang keemasan sebegini.  Mana tidaknya, penghafaz Al-Quran itu ahli Allah.
Masya Allah! Special bukan? 
Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt memiliki ahli-ahli dari golongan manusia.” Lalu ditanyakan (pada baginda) siapakah ahli Allah dari mereka? Beliau menjawab, “Iaitu ahlul Qur’an (orang yang hafal Al-Qur’an dan mengamalkannya), mereka adalah ahli Allah (wali-wali Allah), dan memiliki kedudukan khusus di sisi-Nya.” (HR. Ahmad)

Tidak cukup dengan itu, betapa mulianya penghafaz al-Quran sehinggakan dalam Quran pun Allah menyebut..
“Bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu” (Surah al-Ankabut : 49)

Sesungghunya , ini adalah satu kenikmatan dariMu. 
Aku dan sahabat-sahabatku sedar, nikmat ini bukan diberikan secara percuma melainkan di bahu kami terpikulnya sebuah amanah yang akan kami tanggung dan jawab depanMu kelak.
Allahu Allah.. Bila bercakap soal amanah, maka ia  bukanlah sesuatu yang kecil dan ringan tapi ianya sesuatu yang besar
 dan berat. Ya, amanah adalah perkara yang berat!
 Bukanlah aku yang memandai cakap,, tetapi Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang kata.
 Allah.. berat amanah ini, padaMu kami mohon pertolongan..
Ampunkan aku Ya Allah.. ampunkan sahabat-sahabatku juga.. T_T

Amanah aku untuk terus istiqamah mengulang..
Amanah aku untuk merenung dan metadabbur ayat-ayatMu..
Amanah aku untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian..
Amanah untuk selarikan tindak tanduk dengan syariatMu..
Amanah untuk menghidupkan ruh Al-Quran ini dalam masyarakat..
Amanah untuk memberi qudwah acuan al-quran kepada ummah..

Islah nafsak~

Aku diselubungi resah. Hatiku dihimpit gelisah kerana diriku tidaklah sehebat mawar-mawar huffaz yang lain dalam mentarbiah diri ini,tarbiah dzatiyah.
Tapi, semampuku aku cuba.
Kerana Allah sentiasa melihat. Malaikat sentiasa mencatat. Ya, walau sebesar zarah. Tindak tanduk kita ini akan menentukan keredhaan atau kemurkaan. 
Aku tidak ingin diriku tergolong dalam golongan yang menyesal di akhirat kelak.
Aku sering membaca Al-Quran. Sahabat-sahabatku juga.
Kami hafizah.Kami dipandang tinggi oleh sahabat-sahabat di universiti kami.
Kami disegani. Kami dihormati. Tapi, kononnya, kami merendah hati. Ini semua kurniaanMu Allah. Kami katakana kami bersyukur dengan nikmat
Mu ini.
Tapi, kadang-kadang apakah makna di sebalik kesyukuran kami. Betulkah kami bersyukur?
Betulkah kami bersyukur ya Allah? Bersyukur dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Menzahirkan kesyukuran dengan sentiasa menggunakan segala kenikmatan atau kemudahan yang Allah berikan kepada aku untuk berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran dan tidak menggunakan segala kelebihan, kemudahan,kebijaksanaan,harta,pangkat,pengaruh dan kuasa yang ada untuk berbuat zalim kepada diri sendiri apatah lagi kepada orang lain. Apabila aku benar-benar faham maksud bersyukur, rasanya tidak layak untuk aku mengaku depanMu Allah bahawa aku ni seorang hambaMu yang bersyukur.
Aku hafal Al-Quran tapi kadang-kadang terfitnahnya golongan huffaz mungkin juga keranaku. Terfitnahnya Islam mungkin juga keranaku. Allah..naudzubillah..



Hafizah yang tidak menjaga ikhtilat..
Akukah yang tidak menjaga ikhtilat itu??
Akukah yang berbual dengan braders tanpa tujuan itu??
Akukah yang terusik dengan mesej-mesej kawan lama yang bukan sejenis denganku??
Hafizah yang melaram lebih-lebih..
Akukah yang bertabarruj itu??
Hafizah yang tidak menjaga aurat..
Akukah yang tidak memakai stoking turun ke kafe itu??
Semakin longgarkah aku dalam menjaga diriku supaya sesuai dengan syariatMu,, ??
Semakin jauhkah aku denganMu??
Aku sudah berubahkah ??

Tidakkk..!!

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri).” (Al-Qiyamah: 2)

Allah..Engkau telah bersumpah  dengan JIWA! Ya, jiwa.
Engkau bersumpah dengan masa, matahari, bulan,siang malam dan macam-macam lagi ciptaanMu. Dan dalam ayat ini Allah bersumpah dengan JIWA.
Ketika Allah bersumpah akan sesuatu, bermakna sesuatu itu adalah perkara yang BESAR.
 Dan JIWA adalah perkara yang besar. Jiwa yang menyesali diri. Jiwa yang sentiasa bermuhasabah terhadap segala dosa noda yang pernah dilakukan.
Adakah jiwa aku ini jiwa yang menyesali diri sendiri? Bermuhasabah tapi tidak berubah. Matikah jiwaku??
Aku punya sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat yang mempunyai matlamat yang sama denganku.
 Sahabat yang sering mengingatkan.
Sahabat yang sejuk mata memandang.
Kerana mereka ini mawar-mawar agama.
Walau aku terjun ke neraka, mereka akan terjun bersama, untuk menarik aku dan naik semula serta berjalan beriringan ke syurga.
Ini tanggapan aku pada mereka. Sebab itulah setiap teguran ingatan dan nasihat yang mereka lontarkan adalah menunjukkan tanda kasih dan sayangnya mereka pada aku.
 Kerana aku yakin,, nasihat dan teguran mereka adalah kerana mereka tidak ingin persahabatan kami terjadi seperti yang Allah gambarkan dalam surah az-zukhruf ayat 67.

“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) saling bermusuhan kecuali mereka yang bertaqwa”

Semoga aku dan sahabat-sahabat betul-betul menjadi seperti bunyaanun mersus (bangunan yang tersusun kukuh).

Menghayati  yang tersurat memahami yang tersirat..
Jangan kita sangka sahabat kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kita fikir sahabat kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kita ingat sahabat kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna..
Hakikatnya...
Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga..
Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga..dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka..
Sahabat kita itu bukanlah malaikat
Dia juga manusia
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama dan mahu juga dipimpin oleh sahabat-sahabatnya ke syurga...












up