Sebuah karya santai yang sarat dengan semangat jihad dan air mata..
mempersembahkan....
Tangisan Syahidah Syria
mempersembahkan....
Tangisan Syahidah Syria
Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
1982, Hama
“Umi, adik takut. Peluklah Zainab, umi. Ke mana ayah pergi. Sudah lama ayah tidak pulang. Kemana umi. Adik takut. Adik mahu ayah, umi. Umi,umi..umi..” rintihan si kecil meminta simpati. Umi Salbiah tidak tertahan mendengar renyutan jiwa si anak kecil. Si kecil yang tidak mengerti apa-apa. Sentiasa menangis mencari ayahnya. Hati ibu tidak tertahan lagi. Kelopak mata tidak terbenteng lagi untuk menahan aliran air mata. Mutiara keputihan mengalir tanpa sekatan. Sambil tangan mendodoikan si kecil. Dalam tangisan, Zainab terlena dalam pangkuan ibu tercinta. Umi Salbiah memangku si kecil dalam kegelapan malam. Bunyi dentuman tiada henti. Setiap detik pasti ada yang terkorban. Setiap malam, bunyi dentuman bom dan bedikan peluru menjadi muzik yang mendodoikan tidur. Umi Salbiah berasa sangat susah hati. Bagaimana dia ingin menjelaskan kepada si kecil bahawa ayahnya sudah syahid di jalan Allah. Ingatan Umi Salbiah tiba-tiba menayang kembali peristiwa yang berlaku dua bulan lalu.
“ Ya Umi Salbiah, sudah tiba masanya saya menyahut
panggilan Allah untuk keluar berjihad. Cuma saya bimbang akan satu hal”. Husaini
cuba berkongsi dengan isterinya.
“ Apakah yang abang risaukan itu?”
“ Abang bimbang akan keluarga kita. Siapa yang akan menjaga awak dan anak kita bila saya sudah tiada. Yang pasti, selangkah kaki saya keluar, selamanya tidak akan berpijak kembali. Abang juga takut, sekiranya abang disoal Allah di akhirat kelak, kenapa tidak sanggup korbankan nyawa untuk agama-Nya. Abang juga mahu menjadi Syahid wahai isteri yang amat ku cintai.” Air mata Husaini tiba-tiba mengalir. Sebutir demi sebutir jatuh ke bumi.
“ Perasaan apakah ini wahai kekasihku. Mengapa engkau masih teragak-agak lagi untuk keluar berjihad di jalan Allah ini. Jangan engkau bimbang terhadap kami. Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama kami. Dialah sebaik-baik pelindung. Wahai kekasihku, pergilah kamu keluar berjihad. Aku redha dan mengharapkanmu syahid. Jika kita tidak mendapat kenikmatan dunia, pasti Allah akan menggantikan nikmat yang lebih baik di syurga kelak. Saya akan menjadi isterimu dunia dan akhirat. Semoga Allah mempertemukan lagi kita di syurga kelak. Pergilah kekasihku.”
Husaini semakin sebak. Ungkapan isterinya semakin menaikkan semangatnya untuk keluar berjihad. Dia memeluk erat isterinya. Semakin erat pelukan mereka semakin bertambah semangatnya. Husaini tahu, inilah pelukan terakhirnya. Air mata mereka seakan tiada penyudah. Sebak dalam pelukan. Sebelum Husaini melangkah keluar, dia sempat berpesan kepada Umi Salbiah.
“ Wahai isteriku, aku tidak tinggalkan harta yang banyak kepadamu, cuma seorang anak ini. Engaku jagalah dia baik-baik sehingga dewasa agar dia akan bersamaku nanti. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat”.
Boomm! Dentuman bom diluar sana mengejutkan Salbiah daripada fantasi ingatannya. Ditatap wajah anaknya dengan penuh kasih sayang.
“ Semoga Allah menjagamu untuk bersama-sama ayahmu kelak”. Hati ibu memohon pada Allah.
20 tahun berlalu.
Zainab sudah meningkat dewasa. Kota Hims tidak lagi seteruk 20 tahun lalu. Pembangunan juga semakin pesat. Kanak-kanak bebas bermain. Bersorak berlari bersama kawan-kawan. Zainab memerhati keadaan sekelilingnya dengan penuh kesyukuran. Dia gembira kerana kanak-kanak di depannya tidak menerima nasib sepertinya. Kehilangan ayah dalam usia hingusan. Tiada kehidupan semacam kanak-kanak sekarang. Ingatannya masih segar. Telinganya masih terdengar-dengar dentuman bom dan bedilan peluru setiap malam yang datang. Diri sentiasa dalam ketakutan. Dia berdoa agar kanak-kanak pada hari ini tidak lagi merasa sepertinya. Kini dia baru mengerti mengapa dulu, malamnya sentiasa ditemani peluru dan bom. Konflik ini bermula ketika pemerintah Hafez Al-assad. Pemimpin yang kejam ini berfahaman Syiah Nusairiyah yang menanam benci dan dengki terhadap rakyatnya sendiri yang berkefahaman Ahlus sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Al-assad sanggup membunuh rakyatnya sendiri yang berbeza aliran dengannya. Konflik berdarah berlaku di Hims selama empat minggu yang mengorbankan lebih 47000 nyawa umat Islam. Dalam puluhan ribu itu, termasuk juga ayah Zainab. Dia sangat benci dengan pemerintahan keluarga Assad. Setelah Hafez al-Assad mati, kepimpinan Syria beralih kepada anaknya, Basyar al-Assad. Kebencian terhadap pemerintah ini bukan saja dirasai oleh Zainab bahkan hampir 90 % rakyat Syria benci akan rejim Assad ini, kanak-kanak sehinggalah orang tua. Betapa kejamnya seorang pemimpin yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri. Sekejam-kejam Firaun, tidak senang-senang membunuh rakyatnya sendiri.
Dalam asyik Zainab memerhati
kanak-kanak bermain, dia kaget bila terlihat sebaris ayat yang ditulis oleh
sekumpulan kanak-kanak itu. Dadanya tiba-tiba berombak. Jantung bagai
memperoleh tenaga baru untuk berdegup. “Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan”. Ringkas. Tapi penuh ketajaman pada masejnya.
Hatinya berasa kurang baik. Entah dari penjuru mana, sekumpulan askar Assad datang menghampiri mereka. Mereka bagai mendapat info dan maklumat dari syaitan yang dilaknat. Tahu tentang kelakuan kanak-kanak itu. Tanpa bersoal, satu penumbuk dihala kepada kanak-kanak tersebut. Seorang demi seorang merasa. Seperti tiada perasaan. Darah mulai mengalir. Menitis di tempat kupasan kulit. Kanak-kanak menangis menahan kesakitan. Askar itu tidak mempedulikan dan menangkap kanak-kanak dan remaja tersebut. Zainab bagai trauma melihat kejadian itu di depan matanya. Dia tiada kudrat untuk membantu. Aliran darahnya begitu deras. Jantungnya berdegup luar biasa. Begitu kaget dan takut. Dalam fikirannya, ligat memikir akan nasib dan bencana yang akan berlaku pada mereka. Kanak-kanak tersebut digari dan dibawa masuk ke dalam track askar. Berlalu meninggalkan Zainab dan darah yang memerah di tanah.
Keesokan hari.
Warga Hims mula keluar daripada rumah membuat demonstrasi di kawasan bandar. Berpusu warga kota keluar membuat bantahan agar kanak-kanak tersebut dibebaskan. Selepas beberapa hari warga kota menuntut agar kanak-kanak dibebaskan, tiada reaksi positif yang diterima. Pihak kerajaan seperti tidak mendengar tuntutan tersebut. Berita tentang keadaan kanak-kanak yang ditangkap tersebar luas sehingga ke beberapa bandar. Salah seorang ibu bapa kepada mangsa tahanan memberanikan diri pergi ke balai untuk menebus anak mereka. Harapannya hanya satu. Anak-anak mereka akan dibebaskan. Setelah berunding hanya tangisan yang diterima.
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu
dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan
kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak
kamu.” Betapa Taghutnya hati pegawai al-Assad ini. Bukan tidak Islam.
Tetapi, bila Taghut dalam jiwa, tiada erti persaudaraan yang wujud. Sungguh kejam tentera Assad yang memperlaku mereka
tanpa rasa belas. Mereka dicabut kuku, tangan dan kaki sehingga ada antara
mereka meninggal dunia. Betapa sakit penderitaan yang ditanggung. Hanya Allah
saja yang mengetahui.
11 Mac 2011
Penduduk Hims begitu ralit membicara tentang 20 orang kanak-kanak yang telah ditangkap oleh sekumpulan tentera Syria. Pelbagai cerita yang dibawa. Kemarahan penduduk semakin membuak. Tidak dapat ditahan lagi gejolak dalam dada. Rakyat Syria mula keluar membuat demonstran di jalanan. Revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad. Tujuannya, menuntut agar Presiden Basyar al-Assad melepaskan jawatannya dan membebaskan tahanan yang diseksa kejam.
Kedinginan pagi yang biasa memeluk tubuh warga kota bertukar
menjadi debu-debu panas. Runtuhan bangunan bagai berlaku gempa bumi. Ini bukan
bencana alam. Ini bukan runtuhan biasa. Ini punca manusia yang kejam. Hati
Zainab meraung sendiri bila melihat sekelilingnya berubah sekelip mata. Tiada
lagi keamanan. Kanak-kanak kehilangan ibu bapa. Berstatus yatim tanpa diminta.
Bergelandangan di lorong-lorong gelap. Melabuhkan badan beralaskan tanah. Malam
sentiasa ditemani bunyi bedilan peluru. Entah dari arah mana. Hati Zainab
sekali lagi meruntun. Sedih melihat. Dia sedar, dirinya juga yatim. Puncanya
juga sama. Kerakusan pemerintah.
“ Aku mahu kamu mencari wanita yang melihat tangkapan
kita. Dia saja saksi utama yang melihat kejadian ini. Pemberontakan semua
bermula daripada dia. Cepat tangkap wanita ini”. Nazir memberi arahan
kepada pegawainya.
Sepasukan askar
lengkap bersenjata menggeledah rumah Zainab. Kebetulan hanya ibunya saja yang
ada di rumah. Mereka mengikat tangan dan
kaki Umi Salbiah. Mereka mengacu senjata di kepada sambil menyoal di mana
Zainab. Sungguh kejam. Seorang tua yang tidak berdaya melawan diperlaku
sedemikian. Umi Salbiah menggeleng kepada tanda tidak tahu. Mereka tidak berpuas hati. Mereka menyepak
dan menumbuk sesuka hati. Kudrat orang tua sangat lemah. Pengsan serta merta.
Beberapa minit kemudian Zainab pulang. Tangannya membibit
makanan untuk ibu. Plastik di tangan terjatuh sendiri. Dia terkejut melihat
sebuah kenderaan askar di depan rumahnya. Zainab meluru masuk ke dalam. Jasad
ibunya tertiarap di atas lantai. Tangan dan kaki masih terikat. Beberapa
orang askar sesuka hati menyepahkan
rumah. Tanpa sempat Zainab memangku ibunya, askar tersebut terlebih dahulu
menggari Zainab. Terus di bawa ke balai. Belum sempat bersoal. Mulutnya terus
ditutup dengan kain supaya tidak bersuara. Orang sekeliling hanya mampu
melihat. Tidak berani untuk membela. Takut ditembak.
Dalam penjara.
Zainab disoal siasat. Dirinya diperlaku seperti binatang. Setiap kali ingin diberi makanan, pasti dibuang di atas lantai. Sungguh jijik. Seorang wanita terpaksa hidup di satu kamar yang kecil. Di hadapan tentera lelaki. Di situ tempatnya tidur. Di situ tempat makannya . Di situ juga tandasnya. Sungguh aib. Malamnya sentiasa tidak lena. Berwaspada dengan askar durjana. Takut dirinya diapa-apakan.
“ Hey perempuan. Mengapa kamu masih bertudung haa… Ada
apa dengan tudungmu itu haa.. cepat buka. Aku mahu merasa dirimu..
ha..ha..ha..ha.”
“ Kamu tiada
siapa-siapa. Siapa yang akan menolongmu wahai perempuan? Boleh temankan aku
malam ini. Kalau kamu sanggup, aku akan lepaskan kamu..haha..haha..”.
Sungguh biadap. Mereka persis syaitan. Zainab mengucap
panjang. Tiada kudrat untuk melawan. Dia tidak putus-putus memohon perlindungan
daripada ALLAH. Saat ini, tiada siapa yang dapat menolongnya. Dirinya hanya ada
Allah. Dia yakin, Allah pasti bersamanya. Bibirnya tidak putus membaca
ayat-ayat suci al-Quran.
Seorang askar masuk ke dalam bilik Zainab. Dia cuba untuk
memperkosa Zainab. Tangannya dipegang erat. Tudungnya cuba ditanggalkan. Lelaki
tersebut cuba memeluknya. Meraba di bahagian badan. Kudratnya sungguh kerdil.
Tidak bisa melawan. Dia meraung meminta simpati. Askar tersebut semakin galak
ingin meratah tubuh Zainab. Jeritan Zainab hanya disambut ketawa oleh askar
yang berada di luar. Tiada siapa yang akan menolongnya. Dia berusaha sedaya
mungkin untuk melepaskan diri daripada lelaki bertopengkan syaitan itu.
“ Kamu jangan nak melawan. Ikut saja apa yang aku
mahukan. Dah lama aku mengidam dirimu. Haha ..haha..haa.”
“Ya Allah. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan
manusia dan syaitan yang direjam”. Rintihan Zainab kepada Allah. Dirinya
sudah hilang tenaga. Bergelut dengan lelaki yang memang bukan lawannya.
Sesungguhnya dia tidak rela dirinya diperkosa. Auratnya juga tidak sanggup ditatap
lelaki. Inikan pula mahkota dirinya. Dia sanggup berkorban nyawa demi menjaga
maruah dirinya, wanita Islam yang mahal maruahnya. Seorang demi seorang askar
cuba memperkosanya. Tapi tidak berjaya. Zainab bagai diberi tonik yang sungguh
luar biasa untuk membatalkan hajat serakah tentera tersebut.
Askar tadi berang kerana Zainab tidak mengizinkan dia diperkosa.
Zainab juga tidak mahu menanggalkan tudungnya walau disuruh beberapa kali.
Mereka sungguh marah. Tanpa berfikir panjang, Zainab ditembak di kepala. Satu
das sudah cukup untuk menembusi kepala Zainab. Darah terpancut keluar. Seperti
air paip. Terus menerus mengalir memerahi lantai penjara. Mereka ketawa
terbahak-bahak. Seperti syaitan. Tiada rasa belas walau sedikit. Tidak cukup
dengan menembak, mereka sanggup memotong
badan Zainab menjadi empat bahagian. Sungguh pilu. Diperlaku seperti ayam.
Dipotong-potong dengan tangan sendiri. Tentera-tentera tersebut seperti
dirasuk. Tidak sedar yang dipotong mereka adalah manusia yang seagama bukan
binatang. Setelah dipotong empat kerat, badan Zainab dimasukkan ke dalam
plastik dan dihantar kepada ibunya. Bungkusan tubuh Zainab dicampak dihadapan
ibunya. Tiada kata dapat digambarkan, betapa sayu hati ibu memangku jasad anak
yang tidak sempurna, badan dikerat empat. Seluruh penduduk Hims menyambut
berita ini dengan pilu. Laungan takbir bergema di setiap penjuru bandar. Amarah
rakyat semakin membuak-buak. Kejadian yang menimpa Zainab menjadi pemangkin
kepada semangat para pejuang memburu syahid.
Takbir! Allahuakbar!
Catatan:
Semoga ruh Syahidah Zainab al-Husni ditempatkan dalam
kalangan hamba-hamba Allah yang dirahmati. Ambillah ibrah daripada keberanian
wanita ini dalam mempertahankan maruah(aurat) sehingga dibunuh nyawa. Marilah
kita sama-sama berdoa agar Allah memberi keselamatan kepada saudara kita
yang berada dalam penderitaan di seluruh
dunia terutamanya di bumi Palestin dan Syria. Semoga mereka dilimpahi Rahmat
Allah dan kekutan untuk melawan musuh Allah. Ameen.
Penulis: Mahir Hassan
2 September 2012, jam 2.45 p.m
2 September 2012, jam 2.45 p.m